Rabu, 20 Ogos 2014

MINGGU AKTIVITI SEMESTER 2....

 ASSALAMMUALAIKUM....

Minggu aktiviti telah tiba!!! yeayy.... Kami sangat gembira kerana terdapat pelbagai aktiviti yang best.... jom kita lihat gambar-gambar yang telah kami ambil sepanjang minggu aktiviti ini berjalan.....
Antara aktivitinya ialah pesta sem, sukan rakyat, sambutan hari raya, sambutan kemerdekaan, poster merdeka, diy homeroom dan banyak lagi...




POSTER KEMERDEKAAN.

ROKET DAN PAYUNG TERJUN...


PESTA SEM.
DIY HOMEROOM...



SUKAN RAKYAT.


Banyak lagi aktiviti yang menarik.... Harap-harap tahun depan minggu aktiviti lagi best... hooray... be happy...



Selasa, 19 Ogos 2014

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI.... ^_^

ASSALAMMUALAIKUM...

Minggu aktiviti semester 2 telah tiba, maktab telah mengadakan SAMBUTAN HARI RAYA... Sambutan ini telah diadakan selepas merentas desa...Memang agak penat tetapi kami have fun and enjoy together...Banyak makanan disediakan... Antaranya, rendang, lemang, ais kacang, kuah lodeh, rojak, mee rebus, laksa, satay dan banyak lagi...








SELAMAT HARI RAYA 
MAAF ZAHIR DAN BATIN..  :)




Ahad, 10 Ogos 2014

LAWATAN KE RUMAH KAK ZURIA... SAWAH PADI.... YEPPY.. :)

ASSALAMMUALAIKUM...

Pada minggu aktiviti semester 2, SEM iaitu (School-Wide Enrichment Module) telah diadakan. (10 Ogos 2014) .Semua homeroom diwajibkan untuk menyertainya. Setiap homeroom dibahagikan kepada 2 kumpulan (lelaki dan perempuan). Setiap homeroom mestilah mencari 2 tokoh untuk mengajar apa yang beliau tahu, bukan berdasarkan pembelajaran di dalam kelas. (tokoh dalam maktab dan tokoh luar maktab)..Bagi puteri kami telah memilih tokoh dalam maktab dan sebaliknya pula bagi putera.

Puteri telah memilih insan yang bernama Kak Zuria. Kak Zuria mengajar kami tentang *SEBUTIR PADI SEGUNUNG HARAPAN*. Ia mengajar bahawa pentingnya padi kepada kita semua.. Kami juga telah melawat sawah padi milik Kak Zuria sendiri.. Best sangat !!.. Mari kita tengok gambar-gambar yang telah kami ambil....


inilah dia padi bukannya pokok beras...  :D





Sepanjang kami berada di sana, banyak yang telah kami pelajari... Sebelum pulang ke maktab, kami sempat bersama-sama menyiapkan makan malam bersama Kak Zuria.




Kami makan dengan penuh selera....

Selepas siap makan, kami pulang ke maktab dengan ceria...

Sampai sini saya cerita..... Jangan lupa untuk tengok cerita saya yang lainn....  Byeee....