ASSALAMMUALAIKUM...
Pada minggu aktiviti semester 2, SEM iaitu (School-Wide Enrichment Module) telah diadakan. (10 Ogos 2014) .Semua homeroom diwajibkan untuk menyertainya. Setiap homeroom dibahagikan kepada 2 kumpulan (lelaki dan perempuan). Setiap homeroom mestilah mencari 2 tokoh untuk mengajar apa yang beliau tahu, bukan berdasarkan pembelajaran di dalam kelas. (tokoh dalam maktab dan tokoh luar maktab)..Bagi puteri kami telah memilih tokoh dalam maktab dan sebaliknya pula bagi putera.
Puteri telah memilih insan yang bernama Kak Zuria. Kak Zuria mengajar kami tentang *SEBUTIR PADI SEGUNUNG HARAPAN*. Ia mengajar bahawa pentingnya padi kepada kita semua.. Kami juga telah melawat sawah padi milik Kak Zuria sendiri.. Best sangat !!.. Mari kita tengok gambar-gambar yang telah kami ambil....
|
inilah dia padi bukannya pokok beras... :D |
Sepanjang kami berada di sana, banyak yang telah kami pelajari... Sebelum pulang ke maktab, kami sempat bersama-sama menyiapkan makan malam bersama Kak Zuria.
|
Kami makan dengan penuh selera.... |
Selepas siap makan, kami pulang ke maktab dengan ceria...
Sampai sini saya cerita..... Jangan lupa untuk tengok cerita saya yang lainn.... Byeee....